MARI KETAHUI BERSAMA APA ITU LINUS
Tahukah
cikgu-cikgu dan ibubapa apa itu linus dan peranannya terhadap kita dan
anak-anak? Disini saya telah mengambil teks daripada KPM dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Program Literasi dan Numerasi
untuk kita berkongsi bersama-sama.
Panduan Dan Pengoperasian
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)
Latar Belakang
Y.A.B
Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin telah
membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas
(NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan
numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah
dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi
merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan
dirancangan lebih teliti dan sistematik.
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula
dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah
rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran
100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).
Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi
Literasi
ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan
dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan
menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian
matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang.
(berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).
Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi
Bagi
mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas
literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama
bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti
berikut:
Proses Saringan
Saringan
dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september
bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang
berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul
ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi
dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan
numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan
pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan
senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan
latihan.
Pengukuhan Amalan Pedagogi
Menyedari
kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi,
latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu
pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan
dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program
dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan
orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing
dalam menjayakan program LINUS.
Memantau Dan Menyelia
Pemantauan
dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya
melakukan proses penambahbaikan.
FasiLINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan
pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru
literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran
Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan
membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan
keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan
numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.
Objektif
1. Menggariskan
bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang
ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan
numerasi.
2. Memastikan
pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di
seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.
3. Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).
4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
30 November 2012 at 11:59
selamat berjaya..